Monday, January 2, 2012

Mengharapkan Pelangi di tahun 2012

Blog Melodiku.. ni dah cukup 3 tahun bersiaran.
tahun pertama kebanyakkan berkisah pengalaman zaman kecil-kecil dulu.
tahun kedua kebanyakkan berkisahkan kehidupan seharian.
tahun ketiga jarang-jarang update. wakaka!!

tahun 2012 ni aku nak kejar impian aku.
mungkin aku akan lebih bizi. dan mungkin blog jarang update. mungkin..

pasal hal kahwin aku serah pada jodoh. cepat atau lambat. aku tetap usahakan. kahkahkah.
kepada followers, terima kasih banyak-banyak. tanpa korang tak de lah blog ini. huhuhu

hidup ini ada banyak liku-likunya. jangan kita marah atau sedih kalau Allah turunkan hujan lebat sebab selepas itu Allah akan berikan kita pelangi yang cantik.

doakan kejayaan saya mengejar impian ye kawan-kawan!!
^_^


salam sayang,
Liliyuli    

Tuesday, December 6, 2011

Liliyuli sudah pergi kursus kahwen ^_^

hai..apa khabar semua? ^_^

kejap je dah bulan 12 kan?

cepatnyerrrrrrrrr... -_-#

tahun depan aku plan nak kawen sebab aku sudah pergi kursus kawen pada 3-4/12/2011. hehehe

macam mana boleh terjebak dengan kursus alam perkahwinan tu? huahuahua.. gelfren adik la yang ajak. berani sungguh dia mengajak aku melalui ruangan chat di fesbuk. dia berdua dah plan nak pergi kursus kawen rupanya dalam diam-diam.

ke esokkan harinya, baru la aku reply kata nak join sama mereka. kenapa esok hari? sebab aku ego. ego seorang kakak. kahkahkah!

bila di fikir-fikirkan semula. join je la kann..ape salahnya. ilmu tu. ada juga geng. kawan-kawan lain semua dah pergi kursus tu. sebab dah fikir masak-masak la aku reply kata nak join.

alamak!! lupa nak tangkap gambar untuk kenangan di hari tua nanti. leh cerita kat anak cucu.. hehehe

ustaz kat kursus kawen tu pesan:

1. berkahwinlah kerana Allah SWT bukan kerana nafsu semata-mata.
2. bila sudah bersedia berkahwin haruslah memikul tanggungjawab
3. selalulah membaca Al-Quran
4. bertolak ansur
5. jadi macam omputeh, semakin tua semakin sayang
6. berhiaslah untuk suami bukan orang lain
7. cari ilmu rumah tangga bahagia
8. jaga kesihatan
9. jangan tinggal solat
10. isteri kena jaga perut suami, kena masak bagi suami makan.
dan banyak lagi lah.

sesiapa yang belum pergi lagi tu. cepat-cepat la pergi. best!!

Saturday, November 19, 2011

Hari Sabtu

hari ini hari sabtu aku



KERJA


sekian terima kasih

Thursday, November 17, 2011

Fadhil dapat 2A dalam UPSR

Fadhil dan pemain bola sepak kebangsaan, zaquan

gambar sewaktu darjah 4 rasanya


sebelum aku bercerita lebih panjang. biar aku kenalkan siapa Fadhil ni.

Fadhil hampir nama sebenar, berasal dari Tampin. anak bongsu dari 6 adik-beradik. suka menonton rancangan Boboiboy serta Ben10. kegemaran nasi disirami kicap dan telur dadar. pemain hoki sekolah bercita-cita nak bermain hoki di luar negara. jika melihat gambar yang sewaktu darjah 4 di atas. warna kulit tidak sama sekali dengan kulit sekarang. kulit beliau sudah terbakar dek matahari akibat kesungguhan bermain hoki.

oh, masa tidak mengizinkan saya bercerita dengan panjang lebar lagi. dengan ini, saya cuma nak ucapkan kepada Fadhil tahniah kerana dapat 2A 2B 1C.

power Fadhil ni. entah bila masa tah dia belajar. yang aku tahu dia tak belajar/ulangkaji langsung kat rumah. power! power!

dan...

benkrap aku..

rupanya aku sudah berjanji dengan Fadhil kalau dapat 2A aku belikan dia handphone.

Fadhil tuntut janji aku!


huahuahua

Wednesday, November 16, 2011

Geng melancong ramai dah nak kawen

Bali,2011



mereka geng.

bukan geng bas sekolah.

bukan juga geng upin ipin.

mereka geng aku.

geng melancong. hehehe

tapi..mereka sudah ada plan nak kawen.

tahun depan mungkin tiada pergi mana-mana macam sebelum ini.

afad, kawan baik aku pun dah nak kawen bulan 12 ni.

leeya pun sama.

lan pula tahun depan.

wan pun sama.


lepas ni entah ada lagi atau tidak trip melancong bersama mereka T_T

Tuesday, November 15, 2011

Gara-gara MasterChef Malaysia terhasil kek batik Cik Liliyuli


disebabkan selalu menonton MasterChef Malaysia

tiba-tiba teringin sangat nak buat kek batik

hehehe



kek batik sangat sedap dan manis

masa raya haji hari tu

saya buat kek batik




bahan2 buat kek batik

cubalah juga!!

masa saya buat kali pertama, sehari je dah habis.

kali kedua buat pada lusa hari, pun sama. sehari je dah habis.

nampak sangat saya buat sedap. kuikuikui


p/s: terima kasih google kerana seponser gambar. hehe

MasterChef Malaysia di Astro Ria

MasterChef Malaysia !






Saya suka menonton MasterChef Malaysia !

di Astro Ria





Tak pernah mis tengok tau

para juri pun best





peserta Masterchef Malaysia ada yang masak sedap dan kurang sedap

mana yang sedap tu dapat pujian dan terselamat daripada tersingkir

yang tak sedap tu, tau la nasib mereka...hehe




klik la link tu. ada resepi peserta MasterChef Malaysia semasa bertanding

Saturday, October 29, 2011

Surat buat ex-kekasih hati separuh tahun 2011

ke hadapan ex-kekasih hati separuh tahun 2011.

terima kasih atas segalanya. kau telah membuang masa aku setengah tahun, kau tahu? sejak kau sms aku mengatakan yang kau mahu putus dengan aku. aku menangis. perempuan. biasa la, menangis.

kau tahu atau tidak. semasa aku couple dengan kau dulu. aku cuba diet. tapi susah mahu turun berat badan. sebab masa itu kau pandai membahagiakan aku. hari-hari aku tak pernah lepas dengan hati berbunga-bunga. selepas kau minta putus dengan aku, berat badan aku turun mendadak kau tahu? kau memang celaka.

tak ape, aku bersabar lagi selepas babak kau minta putus itu. hari-hari sebelum tidur aku akan dengar lagu seribu sesalan. sampai aku upload video lagu seribu sesalan itu dekat facebook. ayah aku siap bagi komen lagi kat video tu. " kaklong tengah sedih ke? " ayah tanya. masa tu apa aku nak jawab? takkan la aku nak jawab " iye, kaklong tengah sedih ". mana nak letak muka sebagai gelaran 'kaklong' kepada keluarga aku nanti. gelaran kaklong bukan senang hendak dipikul. hati perlu gagah. aku jawab " kaklong okey je, makan banyak macam biasa ". harap-harap ayah percaya.

minggu lepas aku dapat tahu kau sedang membuat persiapan hendak bertunang. itu apa cerita woi? celaka betul la kau ni. aku tak reti nak mencarut. tapi setakat cakap kau celaka betul tu boleh la. kau memang celaka!! aku benci kau. penipu. kau kata kau minta putus dengan aku sebab kau ada masalah yang tak mahu melibatkan aku. aku redha aku pasrah masa itu.

aku buat surat ini pun bukan apa. aku nak kau tahu yang kau ni memang celaka. minta maaf kau itu, aku TAK maafkan kau, kau tahu? sampai bila-bila pun aku tak maafkan kau.





Friday, October 28, 2011

PSTBA




Penghujung Selatan Tanah Besar Asia sudah ucap tahniah kepada saya.

Anda bila lagi?


=P

Thursday, October 20, 2011

Dapurku gelap

" pakcik (adik tuan rumah merangkap penjaga rumah sewa kami), rumah sewa kat sri tebrau ni lampu dapur dah rosak. bila kami on lampu tu nanti lampu lain terpadam juga, semua. dah seminggu dah kami masak dalam gelap " - by phone.

penuh perasaan aku duk pungpang, bersungguh-sungguh. kalau boleh menangis aku dah menangis siap sedu-sedu lagi masa tu minta simpati adik tuan rumah supaya boleh baiki lampu yang rosak tu.

" seminggu dah ye lampu dapur rosak, esok pakcik datang baiki lampu tu. pakcik tengah sibuk masak ni (catering)  dan bla..bla..bla.. " - by phone.

aku report kerosakan bukan apa. kami takde tangga. kalau ada tangga dah lama dah aku baiki lampu tu dengan tanpa kemahiran membetulkan lampu. abes la jahanam nanti. hahaha

bila dapur gelap di malam hari. mood rajin memasak bertukar kepada mood malas memasak. bukan salah aku, salah lampu tu. bila masuk je ruang dapur. aku jadi gelap, rambut bertambah gelap, kaki jadi gelap, kuku jadi gelap, baju pink jadi gelap, spender pink jadi gelap, periuk jadi gelap, dinding jadi gelap. bukan itu sahaja, bila masak, makanan pun jadi gelap. sebab tu la malas aku nak masak, lauk jadi hangus. demm!

.
.
.
seminggu berlalu...
.
.
.
dua minggu berlalu...
.
.
.
.
ahad lepas,

ahad lepas baru baiki lampu. tak sangka pakcik (adik tuan rumah) penipu. sampai hati pakcik tipu kami. kata nak baiki esoknya selepas saya call. apa salah kami pakcik sampai pakcik nak tipu kami? apa salah kami pakcik membiarkan kami jadi gelap? pakcik suka eh kami jadi gelap??


sumber: google